Pages

Sabtu, 03 September 2011

Ketika Ba bertemu Nun

Ketika Ba bertemu Nun.....
Airmata para sufi mengalir deras-
dua mata dari setiap huruf Ha
dan sepasang mata dari dua Mim
dalam kata " Muhammad".

Dari titik Ba itulah tersiratnya Alif
dan dari Alif itulah terjadinya
semua kejadian -
bertemu Nun dalam "Kun fayakun"-
lalu semua makhluk memuji Tuhannya
kerana " Alhamdulillahhirabbil alamin"-
maka perhatikanlah dalam awalan 4 surah
selain al-Fatihah itu.

Airmata para sufi mengalir deras-
kerana memahami Realiti
yang termaktub dalam setiap Tajalli.

Dan ketika mereka , ahli fizik teori mencari
dimensi yang tersembunyi dalam teori bermatra tinggi
dan ketika mereka , ahli falsafah ingin menyatukan fizik
dan metafizik
air mata para sufi sudah mengalir deras
kerana tenggelam dalam Realiti yang dicari
oleh orang lain......

Nabi s.a.w bersabda: Inilah jalanku.......... ( haza fi sabili).....
maka, mana mungkin ada jalan lain untuk menjangkau
Realiti itu?